Assalamualaikum dan hei korang semua, pasti korang semua nak tahukan hari ini apa yang aku nak ceritakan. Dah tahu tajuknya mesti nak tahu juga kisah ceritanya kan... ok, hari ni aku nak cerita pasal hari sukan kat sekolah aku. Temasya sukan sekolah aku hari Khamis ni haribulan nya pula 23 Jun 2011. Nak dekat dah!!! Tapi bila dah saat-saat akhir baru nak kelam-kabut semua guru yang aku tengoklah. Cerita aku ni pula pasal pembarisan aku x kisah masuk ke atau x asal kan best... tapi hari ini aku sungguh penatlah sebab pertamanya, semalam dan hari ni kat sekolah tadi pada waktu pagi ada raptai untuk hari sukan. Ermmm... korang tahulah apa sebabnya kan? Sebab keduanya pula, masa pagi tadi masa pembarisan rumah sukan aku B_ R_ _ tiba-tiba je hujan turun dengan lebat sekali. Jadinya aku mandi hujan habis baju aku basah sehingga aku sejuk. Memang bestlah, tapi sebenarnya petang ni ada latihan untuk rumah sukan aku x dapat hadir sebab kerja sekolah x siap dan folio pun samalah.. takutlah cikgu marah :( Oklah, hanya itu je yang aku dapat ceritakan kat korang semua bye-bye :)
Tq for reading this :)