Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat kawan-kawan ku sekalian yang berada di luar sana, hello korang... terlebih dahulu, nak minta maaf sebab dah lama x update blog. bila ia dah lama x buka blog, sudah semestinya blog ini nampak bersawanglahhh.. ada spider ke??? hahaha gurau je. Bukan itulah, tapi nampak serabut sikit ialah blog aku ni x lawa macam korang semua. Aku punya ni simple je... bukan macam blog korang colourful, perfect, cute and creative. Wah, aku puji korang pulak! Tapi memang betul pun. Hari ini nak mula cerita harian aku, entah apa yang aku nak cerita ni sebab dah lama nak tulis tapi lupa :( Ok, Petang ni kat sekolah aku ada pertandingan macam-macamlah sempena minggu Teknik & Vokasional. Tapi masalahnya kat sini, aku x masuk apa-apa pun sebabnya pertandingan yang aku nak sertai itu penuh. Senang ceritanya ramai benar orang sertai. My bestfriends pula masuk pertadingan menyediakan Salad sebab mereka minat sangat kot memasak. Sebenarnya aku teringin juga nak masuk Montag tapi masalahnya x ada kawan. Kalau korang nak tahu montag tu maksudnya (video klip). Harap korang tahulah. Bina video tu mengambil 2 hari untuk siapkan. X apalah kalau x dapat sertainya. Kalau lagi satu pertandingan exporex, kalau korang semua nak tahu masa pagi tadi kat sekolah terserempak dengan Cikgu Khb aku iaitu Pn.Aminah. Cikgu Aminah sampai nak pelawa aku suruh masuk pertandingan tu tapi kawan-kawan aku x nak. ermmm... sedihnya x dapat masuk. Aku x ada masalah sebab aku suka :) Ok, dah malas aku nak sambung cerita aku lagi ni, dah mengantuklah nak tidur. Bye-bye....
Ok lahh, Selamat Membaca!!!
Tq for reading :)