Hi and Assalamualaikum
Bulan Ramadan datang lagi, bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam untuk menggandakan amalan pada bulan yang penuh berkat ini. Tapi hari nie kita umat islam first puasa kan? Aku sangat seronok dan bersyukur kepada Tuhan kerana aku masih dapat lagi merasa bulan yang penuh kemuliaan ini. Alhamdulilah... Semalam kan dah buat pengisytiharkan hari puasa, korang semua pergi x solat terawih. Kalau korang semua nak tanya kat aku, jawapannya x sebab sibuk sangat siapkan kerja sekolah. Apalah aku ni kan? Sahur pagi tadi memang best sangat sebab aku bangun awal pukul 3.00 pagi, selepas tu bangun balik pukul 4.30 dan akhirnya bangun sahur pukul 5.00 pagi. Hahaha memang teruklah aku ni? Masa tu perut aku memulas maksudnya lapar lah... dan kat sekolah pula aku berasa mengantuk sikit lah ada lah sikit rasa penat sebab rasa haus hihi. Tapi memang best sangat dapat menjalani ibadah puasa ramadan ni dengan kawan-kawan lain terutama my family hehehe... Ok lah, setakat ini sahaja yang aku dapat sempat ceritakan lain kali saja lah. Kat sini aku nak ucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa Kepada Seluruh Umat Islam Di Luar Sana" tata :)
Tq for reading ;)