Rahsia Mimpi...


What my dream?

Assalamualaikum dan hello kalian semua... hari ini aku x ada cerita apa-apa pun tapi cuma nak beritahu sahaja pasal rahsia mimpi je. Agaknya apa yg kita mimpi tu nyata tak? Entahlah kadang-kadang jadi kenyataan kadang-kadang x lah. Mimpi tu kan mainan tidur ataupun mainan syaitan je.  Aku nak cerita sikit pasal mimpi aku yg selalu je sama iaitu mimpi seorang lelaki, boyfriend or husband??? Masya-Allah gatalnya aku nie tapi itu je lah yg aku selalu je mimpi susah nak hilang tau. Nak tanya sikit boleh mimpi itu indah ke? Betul ke mimpi tu kadang-kadang boleh jadi kenyataan ataupun tak kot? Malaslah nak fikir, kat bawah ni ada penerangan sikit pasal rahsia mimpi. Kalau ada mimpi korang kau bawah ni baguslah sebab mimpi korang jadi nyata kan. hihihi... tengoklah sendiri daa.

 
Bermimpi nampak syurga -alamat akan menjadi orang yang mulia


Bermimpi langit pecah - alamat negeri akan dirampas orang


Bermimpi berenang di sungai - alamat niatnya tidak akan terkabul


Bermimpi berjalan di sungai - alamat akan bersedih

Bermimpi sedang belayar - akan dalam pkerjaan dan usahanya berjaya


Bermimpi bertunang - akan kawin cepat pada tahun ini

Bermimpi hisap rokok - akan mencapai puncak kejayaan

Bermimpi menggosak baju - alamat kebahagiaan dalam rumah tangga

Bermimpi membayar zakat - alamat tidak pernah kekurangan wang

Bermimpi menjadi ketua pejabat- alamat akan maju dalam soal kewangan


Bermimpi membaca Al-Quran - khabar baik akan datang kepada anda

Bermimpi tentang patung - akan memperolehi kemakmuran

Bermimpi melihat permaidani - akan memperolehi keuntungan

Bermimpi makan daging gajah - akan dapat rezeki

Bermimpi melihat harimau - kejayaan atas apa yang diusahakan

Bermimpi melihat kerbau - beroleh kebajikan

** Tafsiran semata-mata, apa yang berlaku adalah kehendak Allah S.W.T


Rujukan : http://1001rahsiadiri.blogspot.com/2009/08/rahsia-mimpi.html

                            Sekian terima kasih dan jumpa lagi :)