Assalamualaikum dan selamat pagi semua... hari ini aku bangun awal sngat ke ya? Hari ni juga cuti sekolah sudah bermula yahoo... x sabar nak pergi makan angin kat Langkawi nanti. Bestnya :) Ok, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal school holiday tapi cerita seorang penyanyi perempuan yg popular iaitu bernama Najwa Latif. Memang aku suka sangatlah kat dia sebab lagu nya memang menarik perhatian ramai sampai lagu pun boleh hafal. Korang pasti tahukan apa lagu popular nya iaitu "CINTA MUKA BUKU". Umur dia ni kan sama gila ngan abangku itu 16 tahun tapi dia ni lebih pandai daripada abgku, hahaha... Setakat ini sahaja yg aku dapat coretkan sebenarnya ada lebih banyak lagi tapi malaslah nak tulis banyak sngat nanti bosan pula kan... Kita tengok gambar dia je lah lagi bagus kan :)
Najwa Latif likes play a guitar while her sing :) |
Her smile so nice and cute ^^ |
Cinta Muka Buku By Najwa Latif ^_~ |
Cinta Muka Buku - Najwa Latif
Artis/penyanyi: Najwa Latif
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
TQ For Reading My Story :)