::Group Forteen::



Assalamualaikum...
well, nak share sikit ada lagu best dari kumpulan baru di bawah naungan KRU Production.. lagu 'Berdua Bersatu' ni memamg best la... diorang ni sume dipertemukan dalam satu casting oleh KRU la..
kira masing-masing ada bakat dan suara yang mantap gitu. terdiri dari empat orang iaitu Izzue. Ariz, One dan Ameerais.

Mungkin mereka masih baru tapi penangan lagu Berdua Bersatu begitu kuat melanda peminat seni tempatan lantas menaikkan nama penyanyinya secara tidak langsung. Forteen adalah sebuah kumpulan yang menggabungkan empat orang anak muda yang kami percaya muncul berlandaskan bakat dan bukannya rupa semata-mata. Buktinya dengarlah sendiri lagu Berdua Bersatu. Memang unik suara mereka.

Paling bertuah, mereka melangkah dalam dunia seni tempatan di bawah bimbingan Edry KRU. Memang tak dapat nak nafikanlah aura KRU sentiasa ada pada setiap anak didik mereka. Anggota-anggota kumpulan Forteen adalah Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One), Saifu Ridzuan Abd Hamid (Ariz), Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameerais), dan Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue). Tapi seingat kami, One dulu pernah menceburkan diri dalam dunia seni menggunakan nama Rizu.








Nama Forteen mempunyai maknanya yang tersendiri. Ia dipilih oleh Edry yang bermaksud “Untuk Remaja”. Jadi mereka ingin menyajikan muzik yang terbaik kepada para remaja di Malaysia. Nama Forteen juga melambangkan kesemua 4 orang ahli kumpulan itu yang merupakan anak remaja . Terbaek! Jom kita layan sedutan lagu Berdua Bersatu dalam muzik video mereka pula.




Lirik Lagu Berdua Bersatu – Forteen
Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu

p/s : suka cara pemakaian dorang dalam grup ni.. smart sgt and handsome hihihi :)

*END*