Persediaan Asas
1. Semangat yang tinggi.
2. Pembacaan yang banyak.
3. Kefahaman yang jelas.
4. Ulangkaji berterusan.
Adakah anda calon PMR atau SPM? Perkara yang tidak boleh diabaikan setiap calon peperiksaan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehinggalah tiba masa yang ditetapkan. Sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan ramai pelajar akan menghadapi peperiksaan dengan baik. Tetapi sebaliknya jika kaedah yang diamalkan tidak berkesan, ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa dan kecewa.
Cubalah bertanya kepada diri anda :
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri?
3.Adakah anda telah menghadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti?
Ujian Bulanan Dan Peperiksaan Pengal
Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Padahal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan besar nanti. Akibatnya, ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian/peperiksaan.
Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian hendaklah jadikannya suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangi pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :
- Kurang memahami apa yang diajar.
- Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
- Tidak mengulang kaji pelajaran selepas waktu persekolahan.
Kearah Membentuk Keyakinan
Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul embuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :
- Habis mengulang kaji topik-topik yang disoal.
- Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
- Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
- Bertawakal kepada Allah S.W.T.