Result PMR?




Bismilahirahmanirahim... 

Assalamualaikum and hey guys. How are you today? Well? Alhamdulillah hari ni saya sihat je. Hari ni saya bersemangat nak update entry baru pasal result PMR. Okay saya tahu awak tak suka mendengarnya. Takpa takpa saya faham kita senasib. Tapi tulah tangan saya ni gatal sangat nak tulis pasal ni nak buat macam mana lagi. Kena ikut je lah. Korang semua boleh baca sambil kunyah kacang. Nyuk nyuk nyuk ~ Haha. Kalau tak nak baca pun boleh dipersilakan keluar saya tak marah pun. Hak awak kan suka hati awaklah :P




Okay back to the topic cakap pasal pmr ni pun sebab ramai budak twitter marah sebab dera kami batch 97 "PMR 2012 adalah yang paling susah dalam sejarah." - Berita Awani & "Soalan PMR 2012 pelik?" - Utusan Malaysia. BUKTI 97's MEMANG MALANG. UPSR tahun 2009 paling susah. PMR tahun 2012 paling susah. Jangan nanti SPM 2014 paling susah dah lah. Cukuplah mendera 97's...Dulu ada berita kata PMR 2012 paling susah dalam sejarah. Sekarang, dah keluar dalam surat khabar cakap pelik. Dah terbukti, 97's malang. UPSR 2009 paling susah. PMR 2012 pon paling susah. Jangan SPM 2014 pulak paling susah. Cukuplah tu buli kami. Kesian kami batch 97's.


Emm tak tahu apa nak dikatakan lagi hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah. Semoga saya mendapat keputusan yang cemerlang. Amin. Nak share sikit time saya ambil result UPSR dulu. Mau dengar tak? Meh sini dekat-dekat sikit, time tunggu result UPSR diumumkan masa tu saya dengan kawan-kawan semua happy and fun tangkap gambar. Boleh pulak ? Serious entah mana perasaan takut saya pun tak tahu, Macam takda perasaan je. Cool sudah. Haha. Then, dah dapat resultnya hasilnya bolehlah dikatakan bagus juga dapat 3A 2B. Hehe time tulah kawan saya mengalirkan air mata sebabnya dia terharu sangat sebab dapat 5A. Ya Allah bahagia sungguh hidup dia. 




Tapi dah naik alam menengah baru saya matang dan dewasa sikit tak lah macam budak kecil yang tak cukup umur lagi. Time rendah-rendah dulu saya memang selekeh dan tak pandai bergaya. Pandai tu "kureng" sikit. Haha. Macam korang jugak kan? Right? Mengaku cepat. Okay bila dah masuk form 3 memang banyak cabaran tapi alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya. Sekarang pun saya dengan budak senasib dengan saya waiting our PMR result 2012 yang tak lama lagi keluar dalam 3 minggu. Makin hari makin cepat pulak masa ni kan. Nervous plus double scary. Oh, no !!!


Buat masa sekarang yang saya tahu Gred PMR setakat ini, "BM : 67 A . KHB : 75 A . MATH : 72 A . BI : 67 A . PAI : 70 A . SJ : 75 A . GEO : 75 A . SN : 70 A . BA : 85 A". Daripada situ saya dah dapat jangka sesuatu yang saya boleh dapat A tapi tak terlalu berharap. Kemungkinan benda yang kita inginkan tak dijangka kita dapat. Doa banyak-banyak agar pemeriksa kertas memberi markah yang sebaik mungkin untuk kita. Kalau boleh nyanyi lagu "Ombak Rindu" baru dia terbuka hati sikit. Haha just kidding. :D 




To be honest every second , minutes , hour and every day I think my PMR results. I really worried about it. Tak senang duduk dibuatnya. Tapi masih boleh kuat makan lagi. Tidur pun sama release tension. Dan baca novel boleh lupa pasal tu semua ingatkan pasal dia je. Haha amende lah saya ni. Gila apa ? :P Anyway saya doakan batch 97 boleh dapat keputusan yang cemerlang untuk PMR 2012 dan prestasi untuk tahun ni meningkat berbanding tahun lepas. InsyaAllah. And one more thing we can make our parents proud and happy of you. Hee :D


Alright. That's all for today. Jari saya terasa penat taip lagi , perut saya yang berbunyi sekarang untuk diisikan. Haha. Okay kalau ada masa saya update entry lagi yang lebih menyeronokan. Sorry kalau saya ada mengarut sana sini tapi thats me. Just ignore it okay. Bye and take care guys ! :)

TQ For Reading it ;)