Exam Is Over!!! Syoknya hati ini bila exam dah habis :) Rasa takut juga ya bila nak exam!!! Kerana itu, 2 Minggu aku x dapat buka internet semata-mata nak baca buku. Tapi niat aku baik untuk berjaya katakan... menjelang minggu peperiksaan aku habis masa dan waktu cuma dengan membaca buku je... x kiralah waktu petang ke ataupun malam senang katakan 24 jam sehari. Hihihi :) Walaupun mengantuk sekalipun aku terus membaca kerana hati aku sangat takut dan berdebar. Masa nak jawab soalan tu bolehlah ialah sebab setiap soalan pasti ada yang senang dan juga ada yang susah. Tapi bagi aku sederhana boleh kerana aku sentiasa berdoa kepada Allah agar aku dapat menjawabnya dengan tenang. Kerana itu, korang semua mestilah sentiasa berdoa kepada Allah supaya x lupa bila kita senang ataupun susah Insya-Allah, Tuhan pasti tolong... Aku harap aku dapat result yang bagus dan lulus. Amin.... Itulah detik-detik cemas aku bila last minute baru baca buku untuk peperiksaan. Janganlah ikut sikap aku ya korang semua!!! :) Ingatlah masa depan.... hihihi ^_^
Tata: Assalamualaikum
Thank You For Reading My Story :)

