Cuti Oh Cuti


Hey hey guys. I'm back. Ya Allah dah lama saya tak update blog. Nampak serabut dan berhabuk gila sekarang ni sebaik tak bersawang nanti ada labah-labah yang duduk. Haha. Sorry guys dah lama tak share story saya kat awak semua. Hehe saya ni malas sikit nak taip panjang-panjang tu lah macam pelik je kan. Hari tak tahu nak tulis long entry or short entry or medium story. Kalau awak semua nak baca saya sangat hargai , kalau tak sudi nak baca saya tak paksa pun awak boleh close tab terus. I don't mind okay.




Okay for today nak cerita pasal sepanjang aktiviti cuti sekolah yang saya buat. Acewah. Hmm cuti sekolah saya tak lah best mana taklah macam awak tu kan? Pergi makan angin kesana kesitu kesini macam tak ingat dunia katakan. Lain lah saya tak pergi mana-mana pun sebabnya abang saya yang tak habis SPM lagi. Hmm so boring -,- Haha. Jealous tau. Jangan tanya saya apa yang saya buat selalu kat rumah masa cuti ni. Nak tahu tak? To be honest, kerja saya online je. 24 jam sehari. Okay tipulah. Tak sampai pun 24 jam tapi tiap-tiap hari juga saya online. Enjoy my holiday. Lepas tu saya ni suka makan. Setiap masa dan waktu pasti misi adalah untuk mencari makanan. Haha boleh dikatakan dah kenyang pun rasa lapar balik. Nampak kat situ saya tak baca bismillah sebelum makan. Ish ish ish syaitan ikut makan tulah pasal perut ni tak pernah kenyang.




Next, saya ni pun boleh lah suka tidur. Sape yang tak suka tidur kan? Lagi-lagi kalau dapat mimpi indah rasanya mata ni tak boleh bukak je. Terus terpadam. Bukan mati eh. Sebelum tidur tu kena juga baca doa ataupun mengucap dua kalimah syahadah manalah tahu tetiba kita meninggal masa tidur. For your information guys, rasanya holidays ni saya dah kerap tidur lewat , bangun pun lewat. Yalah habis tiap-tiap malam saya online. Saya bertwitter , berfacebook , berasking , berskype , bertumblring , dan beryoutebing. Alam maya ya sekarang. Eh, pelik pulak perkataan yang saya tulis tu. Tapi yang paling saya seronok dapat bertweet dengan bestfriend daripada pagi hinggalah lewat pagi. Dalam pukul 2.00 pagi tu habis dan masuk boboq. Esok nya mengantuk dan bangun lewat pukul 11.00 lebih baru bangun. Masya-Allah anak dara apa ni? Hehe. :P




Holidays ni sometimes perasaan saya happy , sometimes boring , sometimes scary. Kenapa saya takut? Takut sebab pikir result PMR tak lama lagi nak keluar yang hanya tingga 3 minggu macam tu. Ya Allah, tak tenang dibuatnya rasanya jatung saya nak luruh je. Tapi apa nak buat benda nak terjadi takda sape boleh undurnya kembali. Hanya mampu berdoa , berusaha dan bertawakal kepada Allah. Moga saya boleh dapat keputusan yang cemerlang dan  buat parents saya gembira dan bangga. Amin ya rabbal alamin...



Ada lagi ada lagi ni paling excited nak cerita sebabnya ni adalah salah satu rutin harian boleh dikatakan tapi actually hobi kot. Selain saya suka berinternet , tapi saya ni rajin tau itupun rajin baca novel cinta cintun. Haha tak habis. Rasa sepanjang holidays ni tiap-tiap hari saya baca novel. Sehari dua hari saya boleh habiskan tengok mood kalau nak baca sebab ia perlukan feeling and touching gitu. Haha. Buat masa sekarang dah 10 buah buku novel saya sudah habis baca. Semuanya terbaik. Lepas ni pergi bookstore pi cari novel je. Yeah ! Kebanyakkan novel ni memang buat seseorang tu angau dan sasau kan? Berfantasi dalam diri like me. Bila baca je pasti ingat kat si dia bersama. So sweet and romantic. Auww :***
Tapi saya cepat touching sikit boleh dikatakan saya menangis bila ada part yang sedih nampak saya telah membazirkan air mata saya hanya semata-mata novel itu. Pelik?




Okay dah panjang sangat tapi nak lagi boleh? Janji ini yang terakhir. Ini best jugak saya belajar memasak dengan ibu saya. Hehe nak jadi chef ke? Tak eh cita-cita saya hanya satu iaitu doktor. Takda yang lain titik. Itupun saya belajar masa kek. Sedap tau. Tapi saya lebih suka buat kek cawan. Cupcake cupcake. Dapnya. Itupun makanan favourite saya. Nyum nyum nyummy ~ *Terliur* Haha. Lepas ni kalau dah habis sekolah boleh lah bukak bakery baru lah untung. Kekeke :D




That's all for today.I will update my blog soon . InsyaAllah. Sorry kalau post untuk hari ni terlalu banyak saya coretkan dan tak larat awak nak baca. Sokey dah lama saya tak update blog tu sekali sekala saya tulis panjang-panjang ni macam buat karangan dalam bahasa melayu. hehe amacam best kan ? :) Alright dah penat jari ni nak taip lagi. Rasanya semua dah cerita daripada fikiran dan sudut hati saya kata. So I have stop now. Have a nice day. Bye. Take care ! ;)