19 December 2012


Bismilahirahmanirahim. Assalamualaikum and hey guys. How are you? Fine? Alhamdulillah saya disini sihat walafiat. Hari ni saya cuma nak share story morry saya. Ini semua pasal hari esok. Setahu saya semua orang dah dimaklumkan bahawa esok keputusan PMR diumumkan. Ya Allah sungguh pantas masa berlalu tanpa kusedari hari esok ianya muncul. Sungguh menakutkan dan mendebarkan. Sebagai manusia biasa saya tak tahu apa yang akan berlaku esok. Saya hanya mampu berdoa dan bertawakal kepada Allah dan selebihnya hanya Allah yang memberi yang terbaik untuk hambaNya. Sejujurnya mood hari ni memang hilang. Mana tidak jantung saya berdebar-debar tanpa henti dibuatnya. Kalau berhenti maksudnya matilah. Tapi memang betul nak luruh saja jantungku ini. Tidur tak lena , makan tak kenyang , mandi masih basah. Saya bukan tengah bercinta tapi tengah menunggu result. Okay? Dup dap dup dap. Ada lagi satu benda saya pun tak rasa tenang dengan apa yang saya fikirkan minda saya hanya sentiasa pikir result result result. Dan hatiku sentiasa berkata apa result yang aku dapat nanti? Bagus ke tidak? Adakah aku dapat buat kedua ibubapa aku bangga? Macam mana perasaan ibubapa dan guru aku kalau aku dapat keputusan yang tidak baik? Semua perasaan ni selalu sahaja menghantui saya. Fikiran jadi bercelaru. Ya Allah , hanya Engkau sahaja yang Maha mengetahui dan Maha mendengar permintaan hambamu. Kalau mungkin result saya tak secukup bagus , saya redha dengan semua yang saya telah dapat. Mungkin ini takdir Allah untuk kita. Sesungguhnya aku takkan menyesal kalau aku tak memperolehi yang terbaik tapi aku akan bangga dengan diri sendiri dengan usaha dan titik peluh saya selama ni selama 3 tahun. Alhamdulillah.


Ya Allah. Mungkin gambar diatas saya adalah salah seorang manusia yang cepat alpa dengan Mu Ya Allah. Maafkan saya. Ketika senang , saya lupa Allah ada. Ketika susah pula , saya baru ingat Allah sentiasa memerhati gerak geri kita. Ya Allah aku bermohon kepadamu ampunlah semua dosa-dosaku kecil ataupun besar. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun. Amin ya rabbal alamin. 



Tik tok tik tok itulah menunjukkan jam tengah berdetik. Tinggal beberapa jam lagi untuk kehari esok. Ya Allah sesungguhnya aku bermohon agar semuanya baik-baik sahaja tiada apa perkara yang tidak diingini terjadi. Engkau lindungilah hamba-hambamu ya Allah. Okay saya doakan semua  yang senasib saya yang ambil PMR tahun ni memperolehi keputusan yang cemerlang. Kalau dah dapat 8A's jangan lupa buat sujud syukur kepadaNya. Amin.  



I wish you all the best. Good luck for PMR result to all candidates in Malaysia. All the best. No matter how good/bad ur results will be, don't give up. You still got SPM. InsyaAllah. Hope everything gonna be okay. Amin. Graf turun ataupun naik pedulikan . Manusia hanya mampu merancang , Allah yang menentukan terbaik. Kalau ada kejayaan disitu. Bersyukurlah anda kerana anda Allah sayangkan anda memberi terbaik dalam diri anda. Okay, saya mahu beredar dulu insyaAllah kalau ada masa lagi saya share dengan anda semua. Pasal result nanti saya beritahu awak ya kalau bagus maybe kot, kalau tak diam je. InsyaAllah. Hehe. Kbai ;)

TQ For Reading :)